Netizen Kutuk Anak, Ernie Zakri Kini Mahu Kurang Kongsi Gambar Anak

Susulan kes sesetengah individu yang tidak beradab yang menghina anaknya, penyanyi  Ernie Zakri mengambil tindakan dengan mengurangkan perkongsian mengenai anak perempuannya,  Nur Khawla Soleha di media sosial.

Tidak mengharapkan pujian, Ernie menegaskan orang luar tidak mempunyai hak untuk mengutuk anak kecil. 

“Normal seorang ibu berasa sedih dan wujud juga segelintir netizen yang saya boleh kata tidak berakal tapi saya bertanggungjawab atas semua itu kerana saya yang pilih tayang anak.

“Bukan kata saya menerima dengan hati terbuka apabila ada orang kutuk anak saya, tetapi apabila saya sudah tahu perkongsian itu membawa ke arah negatif, saya akan mula kurangkan hantaran berkaitan anak.

“Ini tanggungjawab saya dan suami. Saya tahu tidak semua orang suka tengok anak kami tapi bila ada yang kata anak saya tak comel, sedih saya,” katanya. 

Pun begitu, Ernie dan Syamil akui malas untuk membesarkan isu ini atau mengambil tindakan undang-undang selagi perkara berkenaan tidak mencalarkan reputasi mereka.

Sumber: Kosmo