Enam Bulan Menghilang, Azar Azmi Patah Hati?

Pelakon Azar Azmi kini sudah enam bulan menghilang dari dunia hiburan tanpa khabar berita. 

Menurut pengurus Azar, pelakon drama Nur itu kini telah mengambil keputusan untuk berehat sebentar. 

Walau bagaimanapun, netizen membuat andaian sendiri dan mengatakan yang Azar kini merawat hati yang sedih dengan pelakon Fizo Omar. Betul ke?

Sebelum ini Azar dilihat mempunyai hubungan yang rapat dengan Fizo Omar, namun Fizo akhirnya memilih untuk berkahwin dengan orang lain. Perkara itu membuatkan dirinya kecewa.

“Lepas Fizo kahwin, dia terus tenggelam. Mungkin patah hati kot,” andai seorang netizen.

“Patah hati dengan Fizo ke?” dakwa seorang lagi pengguna TikTok.

Tetapi sebagai peminat, kita haruslah menghormati keputusan Azar Azmi yang mahu berehat daripada industri seni tanpa memberikan sebarang spekulasi kepada dirinya. 

Sumber: Kosmo