Viral di Tiktok sebuah video yang dikongsi oleh @muhdtaufiq247 menunjukkan empat buah kereta Perodua Myvi putih yang terlibat dalam kemalangan telah menarik perhatian ramai.

Di dalam video tersebut, empat buah kereta pada ketika itu sedang berhenti di bahu jalan selepas mengalami kemalangan kecil. Dan yang menarik perhatiannya apabila keempat-empat buah kereta itu berwarna putih.
Rata-rata komen netizen telah membawa tawa kerana ini adalah satu perkara yang jarang terjadi dan menganggap kemalangan empat buah kereta myvi ini adalah satu perjumpaan adik beradik.
Walaupun perkara ini dianggap lucu tetapi rata-rata netizen mendoakan semoga urusan pemilik kereta ini semuanya dipermudah dan berharap agar tiada apa-apa yang serius berlaku kepada mereka.


Sumber: @muhdtaufiq247