Dek Kerana Nama, Empat Ahli V.E Sepakat Tinggalkan Kumpulan

Dek kerana kemelut nama kumpulan, empat anggota kumpulan V.E sepakat untuk berundur daripada kumpulan itu serta merta.

dek kerana nama, empat ahli v.e sepakat tinggalkan kumpulan

Adeep Nahar, Cham, Hakim dan Fakhiz yang masing-masing menyertai Gegar Vaganza musim ke-9 dibelenggu isu perebutan nama kumpulan V.E oleh salah seorang bekas anggotanya, Zaf.

 

Menurut Adeep, meskipun keputusan itu sukar namun mereka enggan menjadi racun sekalu gus berebut nama kumpulan itu.

 

"Berkuat kuasa pada hari ini, kami mengumumkan untuk berundur daripada V.E kerana tidak mahu terus menjadi racun. Ini bukan keputusan yang mudah untuk diambil.

"Selepas penggunaan nama V.E dipersoalkan bekas anggotanya, lebih baik kami berundur untuk tidak meneruskan kemelut ini. Kita semua sudah besar dan dewasa, malu untuk terus berbalah mengenai nama kumpulan.

"Saya juga terkilan kerana tidak menyangka perkara ini datang daripada sahabat sendiri. Persahabatan itu berakhir di sini saja. Benarlah kata Mufti Menk, tikaman yang datang daripada sahabat sendiri.

"Kami yang bersusah payah di GV9 selama 11 minggu hingga layak ke pentas akhir, tidak sangka apabila berakhir ada pula yang mempersoalkan penggunaan nama itu," katanya.

 

Terdahulu, ketua kumpulan yang juga anggota asal V.E iaitu Zaf mencadangkan anggota yang menggunakan nama V.E dalam GV9 supaya menggunakan nama baharu. Ujarnya, ia adalah bagi menjaga hubungan baik sesama ahli dan untuk mengelakkan kekeliruan dalam pelbagai pihak.

 

Sumber: HMetro

Kredit foto IG hakim_ismyname / iamchamkhalil