Emma Maembong Ditegur Tak Sensitif Gelek Pakai Hoodie Corak Bendera Palestin

Pelakon, Emma Maembong telah ditegur warganet kerana tidak sensitif menari sakan sambil memakai jaket sejuk (hoodie) yang mempunyai corak bendera Palestine.

emma maembong ditegur tak sensitif gelek pakai hoodie corak bendera palestin

Menerusi video di Instagram, pemilik nama sebenar Fatimah Rohani Ismail, 31, dilihat memakai hoodie tersebut ketika menari sakan bersama adik-beradiknya yang lain.

 

Bagaimanapun, tindakan Emma membuatkan segelintir peminat dan warganet berasa kurang senang, tambah pula apabila dia memakai hoodie yang bercorakkan bendera negara Palestin yang ditindas rejim Zionis.

emma maembong ditegur tak sensitif gelek pakai hoodie corak bendera palestin

“Baju sudah Palestin (corak), tapi bergelek pula. Bukan tak suka Emma, cuma rasa tak kena. Tolonglah orang di sana (Palestin) sedang bersedih,” ujar seorang netizen.

 

 

Meskipun telah ditegur, Emma dilihat tidak memberi sebarang respons dan tidak menurunkan video itu daripada akaun media sosialnya lagi.

 

Sumber: Instagram