Pelakon, Emma Maembong baru-baru ini telah mencuri perhatian ramai apabila berkongsi momen bercuti bersama suami dan anaknya.
Perkongsian di Instagram Story itu menunjukkan Emma melayan kerenah anaknya, Shariq Gabriel yang berbaring atas jalan ketika di Universal Studio, Singapura.
“Bila dia taknak dukung, taknak jalan, taknak buat apa just nak baring, cakap kotor dia nangis. Jadi kita baring sekali,” tulis Emma pada video tersebut.
Perkongsian semula di Tiktok ini nyata menghiburkan ramai, khususnya peminat Emma sendiri.
Sumber: Tiktok