Elvina Mohon Maaf Ada Pihak Tidak Selesa Dengan Pemakaiannya

Penampilan pelakon, Datin Elvina Mohamad, 27, di sebuah pertunjukan fesyen di ibu negara baru-baru ini telah menarik perhatian ramai khususnya warganet.

elvina mohon maaf ada pihak tidak selesa dengan pemakaiannya

Bagaimanapun menurut beliau, dia sekadar menggayakan koleksi terbaru rekaan pereka fesyen tempatan, Alia Bastamam dan tidak menyangka ia akhirnya menjadi bualan ramai.

 

Ujarnya, pakaian yang digayakannya itu bukanlah baju yang dikenakan setiap hari, dan ia hanya untuk memberi sokongan kepada rekaan terbaharu pereka fesyen itu.

 

“Tak adalah saya pakai baju seperti itu setiap hari. Saya hanya gayakan ketika hadir memberi sokongan kepada Alia untuk acara itu.

“Dia minta saya gayakan baju yang menjadi antara koleksi terbarunya yang akan dilancarkan tidak lama lagi,” kata Elvina.

 

Ujarnya, beliau terpaksa menutup ruang komen di Instagram selepas dikecam berpakaian sedemikian ketika hadir pada pertunjukan fesyen terbabit.

 

 

Beliau juga tidak menolak kemungkinan watak yang sering dilakonkan olehnya di kaca TV sebagai wanita lemah-lembut sedikit sebanyak menyebabkan ramai tidak dapat menerima gaya penampilannya ini. Elvina turut memohon maaf sekiranya ada yang tidak senang melihatnya berpakaian sedemikian rupa.

 

“Salah saya sendiri, malah saya akui, tidak semua orang atau pengikut boleh terima saya berpakaian begitu. Maafkanlah saya andai ada yang tidak senang dengan apa yang berlaku.

“Sekali lagi saya tekankan, saya cuma menyokong Alia untuk koleksi busana terbarunya. Itu sahaja,” katanya.

 

 

Sumber: Utusan