“Saya Banyak Kali Rasa Kena Tindih,” Elvina Mohamad Dedah Alami Gangguan Mistik

Pelakon, Datin Elvina Mohamad mendedahkan dirinya berdepan dengan beberapa gangguan mistik seperti ‘ditindih’ oleh makhluk halus, ketika menjalani penggambaran sebuah filem terbaharunya.

“saya banyak kali rasa kena tindih,” elvina mohamad dedah alami gangguan mistik

Menurut pemilik nama sebenar Norzalina Mohamad, 29, gangguan mistik itu menyebabkan dia sukar untuk bernafas ketika sedang tidur.

 

“Saya memang penakut dan memang menjaga tingkah laku ketika berada di set penggambaran dan membaca ayat suci al-Quran tetapi tetap kena juga.

“Sepanjang menjalani penggambaran, saya banyak kali rasa seperti kena tindih. Balik ke rumah setiap kali tidur saja mesti kena dan buatkan saya sampai tak boleh bernafas, perkara tersebut terjadi ketika di siang hari juga.

“Bukan itu sahaja, saya juga seakan nampak bayangan berwarna hitam, tidaklah jelas tetapi memang menakutkan,” katanya.

“saya banyak kali rasa kena tindih,” elvina mohamad dedah alami gangguan mistik

Menurut ibu kepada dua orang cahaya mata ini, meskipun akui dirinya seorang penakut, beliau tetap menerima tawaran lakonan filem seram itu bagi mencabar kebolehan lakonannya.

 

Sumber: HIB Glam