“Alhamdulillah, Berseri Hajah Ella” - Peminat Doakan Ibadah Haji Ella Berjalan Lancar

Penyanyi rock Malaysia, Ella baru-baru ini mengejutkan peminat selepas memaklumkan sedang mengerjakan ibadah haji. 

Berita tersebut membuatkan ramai peminat teruja serta mendoakan yang terbaik buat Ella. 

Bukan itu sahaja, ramai juga yang memuji penampilan  Ella di Tanah Suci kerana dikatakan kelihatan muda daripada usia sebenar.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by E L L A (@ellaaminuddins)

 

“Macam orang muda Ella di Tanah Suci. Cantik.

“Alhamdulillah, berseri-seri hajah Ella.

“Tahu-tahu sudah bergelar hajah. Semoga dapat haji mabrur,” komen netizen.

Ella dipercayai menunaikan haji bersama suami  Azhar Ghazali.

Sumber: Kosmo