“Dia Kuat Berdepan Dengan Kritikan” - Ella Harap Aina Abdul Tidak Mudah Patah Semangat

Ratu rock Malaysia yang pernah menjadi guru kepada penyanyi Aina Abdul mengharapkan agar anak didiknya itu tidak mudah patah semangat walaupun mendapat  kritikan dan kecaman demi untuk bertahan lama dalam industri hiburan.

 

“Tentulah saya berasa bangga dengan pencapaian dia itu. Dia juga banyak mencuba pelbagai perkara baharu dalam nyanyian.Bagi saya, dia seorang yang kuat dalam berdepan dengan kritikan. Biar apa pun khalayak kata, dia tetap terus berikan hasil yang terbaik.

 

“Sekarang buktinya biarkan dikritik, tetapi dia telah berjaya membuka mata khalayak bahawa dia penyanyi yang baik,” katanya. 

 

Walaupun sedang sibuk dengan kerjayanya, Ella akui dia tetap mengikuti perkembangan Aina di media sosial. 

 

“Saya agak sibuk, tetapi apabila berpeluang saya mengikuti perjalanan kerjaya nyanyian dia dalam media sosial.

 

“Walau apa pun saya mendoakan yang terbaik buat Aina. Begitu juga penyanyi muda lain seperti Ernie Zakri agar terus maju ke hadapan,” katanya.

 

Sumber: Kosmo