Baru Buka Akaun YouTube, Cristiano Ronaldo Berjaya Pecah Rekod Dunia

Pemain bola sepak terkenal, Cristiano Ronaldo telah membuka akaun YouTube miliknya dan kurang daripada 90 minit, dia sudah memiliki lebih sejuta langganan.

Hal ini sekali gus telah memecahkan rekod dunia langganan diperoleh terbanyak dalam tempoh sejam.

Akaun baru Ronaldo itu dibuat untuk peminat melihat kehidupan yang dijalaninya bersama pasangannya, Georgina Rodriguez.

Dalam salah satu video pertama mereka, pasangan itu mendedahkan beberapa rahsia mereka dalam permainan Mr and Mrs.

Ronaldo juga berkongsi beberapa minatnya dalam video lain, dan memberikan pandangannya tentang NFL lawan NBA, tinju lawan UFC dan Rafael Nadal lawan Novak Djokovic.

 

Sumber: Awani