Bunga Isme Akhirnya Mengaku Sudah Bernikah Dengan Komposer Tahun Lepas

Teka-teki mengenai status penyanyi rap Bunga Isme akhir terjawab selepas dia mengesahkan sudah bergelar isteri kepada komposer dan penulis lirik, Amzar Sabri. 

Namun Bunga tidak berkongsi tarikh sebenar pernikahannya yang dijalankan pada tahun lepas demi menghormati keluarga kedua belah pihak.

“Saya sudah berkahwin. Alhamdulilah kami sudah berbincang tentang hal ini, semua urusan dipermudahkan.

“Pernikahan kami sudah pun berlangsung pada tahun lalu. Saya cuma hanya boleh cakap, selepas selesai belajar, rezeki (pernikahan) itu datang lebih awal.

“Saya pun tidak menjangkakannya tetapi saya menghormati keputusan kedua-dua belah keluarga merahsiakannya,” katanya. 

Dalam pada itu, Bunga akui majlisnya itu diraikan secara sederhana dalam kelompok keluarga dan rakan terdekat sahaja.

 

Sumber: Kosmo