Umur Cecah 56 Tahun, Ella Dedah Amalan Nampak Muda Bertenaga

Sekali pandang kepada ratu rock negara, Ella, pasti ramai yang memikirkan usianya dalam lingkungan 30 an.

umur cecah 56 tahun, ella dedah amalan nampak muda bertenaga

Namun tahukah anda, Ella yang dilahirkan pada Julai 1966 kini sudah menjangkau usia 56 tahun?

 

Ella yang terkenal dengan keletah manja dan bersahaja masih bertenaga dan sangat lincah setiap kali beraksi di atas pentas. Malah raut wajahnya juga seperti tidak dimamah usia.

 

Ditanya rahsia kekal awet muda dan bertenaga, Ella berkata dia tidak mempunyai tips atau rahsia tertentu, sebaliknya mengamalkan rutin normal sama seperti orang lain.

 

“Saya cuma amalkan rutin senaman ringkas dan jaga pemakanan, tetapi paling penting ialah kena sentiasa positif dan gembira.

“Pemakanan amat penting dan perlu teratur kerana mampu mengekalkan kesihatan yang baik untuk tubuh kita,” katanya.

 

Tambahnya, ada ketika dia melanggar ‘pantang’ hidup sihat dengan menikmati makanan bergoreng.

 

Dalam perkembangan lain, Ella merancang untuk melakukan konsert jelajah ke seluruh Semenanjung, termasuklah Sabah dan Sarawak.

 

Sumber: Kosmo!