Elizabeth Tan Terpaksa Lupakan Hasrat Miliki Anak Tahun Ini, “Sejujurnya Saya Tertekan..”

Penyanyi dan pelakon, Elizabeth Tan, 30, mengakui terpaksa melupakan hasrat untuk memiliki cahaya mata pada tahun ini dek kerana keutamaan terhadap karier seni dan kerjaya.

 

Menurut beliau, perancangan untuk hamil dan menimang cahaya mata pada tahun ini sudah pun dibuat memandangkan usianya semakin meningkat, namun beliau dan suami terpaksa menunda hasrat itu kerana masih banyak perkara belum tercapai.

elizabeth tan terpaksa lupakan hasrat miliki anak tahun ini, “sejujurnya saya tertekan..”

Baca: Usia Makin Meningkat, Elizabeth Tan Tak Sabar Nak Ada Anak Tahun Ini

 

"Saya sebenarnya amat inginkan anak lebih-lebih lagi pada usia sekarang yang bakal menginjak 30 tahun.

“Tapi saya khuatir tak dapat bekerja untuk tempoh lama, selain tawaran lakonan yang mana mungkin berubah selepas bergelar seorang ibu nanti.

"Tak pastilah apa yang patut saya lakukan selepas ini. Memang mahukan anak, tapi saya tak pasti sama ada itu adalah langkah yang betul untuk saya buat masa ini kerana masih banyak perkara yang saya mahu capai dalam kerjaya seni saya sebelum ia menjadi perlahan," katanya.

elizabeth tan terpaksa lupakan hasrat miliki anak tahun ini, “sejujurnya saya tertekan..”

Beliau yang lebih mesra dengan panggilan Lizzy turut menambah, komitmennya dan suami juga antara perkara yang diambil kira sebelum mereka mempunyai anak nanti.

 

"Saya cuma berharap semuanya akan berjalan dengan baik. Saya sebenarnya memikul tanggungjawab yang besar membantu suami mencari pendapatan untuk menanggung keperluan keluarga.

"Saya perlu berlaku jujur, suami saya hanya seorang houseman (doktor pelatih) yang mana pendapatannya tidaklah terlalu tinggi.

"Jadi banyak komitmen seperti tanggungan ibu bapa, bayaran rumah, kereta yang perlu saya tanggung. Saya tidak mahu mengecewakan sesiapa.

"Sejujurnya saya tertekan. Tapi ya, saya memang mahukan anak. Saya berharap semuanya akan okey dan berjalan seperti yang dirancang Tuhan," katanya lagi.

usia makin meningkat, elizabeth tan tak sabar nak ada anak tahun ini

Terdahulu, Lizzy atau nama sebenarnya Tan Su Mei telah berkahwin bersama Siew Jim pada 20 Mac 2021 dalam satu majlis tertutup yang dihadiri oleh keluarga serta kenalan rapat, memandangkan ketika itu negara terikat dengan SOP COVID-19.

 

Sumber: HMetro