Elizabeth Tan Umum Rehat Seketika Dari Menyanyi, “Saya Rasa Kecewa..”

Penyanyi, Elizabeth Tan memutuskan untuk berehat seketika daripada dunia nyanyian berikutan berdepan masalah kemurungan dan kegelisahan (anxiety).

elizabeth tan umum rehat seketika dari menyanyi, “saya rasa kecewa..”

Menurut beliau yang mesra disapa dengan panggilan Lizzy, keadaan itu tercetus selepas beliau merasakan dirinya tidak dapat memberikan hasil kerja yang terbaik hingga terpaksa bertemu pakar psikiatri.

 

“Saya berehat seketika kerana diserang anxiety apabila menyanyi di atas pentas.

“Saya tertekan apabila kena menyanyi dengan baik, tak boleh sumbang langsung dan saya tetap gagal. Sebab itu saya rasa kecewa.

“Rasanya empat hingga lima tahun saya tak ambil mana-mana ‘show’.

“Saya ada berjumpa psikiatri kerana situasi sangat teruk. Jadi, selepas berehat saya akan kembali menyanyi. Harapnya masih ada yang mahu lihat saya menyanyi sebab sudah lama rehat,” katanya.

elizabeth tan umum rehat seketika dari menyanyi, “saya rasa kecewa..”

Dalam pada itu, beliau mahu lebih tenang sebelum kembali fokus kepada kerjaya nyanyian.

 

“Saya banyak letak tekanan kepada diri, jadi saya perlu relaks dan jangan terlalu serius.

“Saya mahu menyanyi sebab nak kembali berhubung dengan peminat. Bidang ini platform yang bagus untuk saya berjumpa ramai orang. Saya mahu berseronok atas pentas,” kata Lizzy lagi.

elizabeth tan umum rehat seketika dari menyanyi, “saya rasa kecewa..”

Dalam perkembangan lain, penyanyi berusia 30 tahun itu turut menafikan dakwaan sedang hamil, sambil tidak menolak andai dikurniakan rezeki memperoleh zuriat.

 

Sumber: HIB Glam