Nama Elizabeth Tan adalah satu nama yang tidak asing lagi dalam industri seni negara.
Pelakon dan penyanyi berusia 28 tahun itu membuat pengakuan meskipun dirinya kini berstatus isteri orang, namun beliau masih berdepan dengan gangguan daripada individu tidak dikenali di media sosial.
Ujarnya, kebanyakkan gangguan yang bersifat keterlaluan dan tidak bermoral itu dihantar kepadanya menerusi Direct Message (DM) di Instagram.
“Macam-macam benda yang saya terima. Gambar tidak senonoh pun ada.
“Saya tidak akan layan, sebaliknya hanya gelakkan sahaja. Selagi boleh bersabar, saya cuba untuk tidak mengambil endah.
“Saya hanya akan melenting apabila ada pihak bertindak keterlaluan sehingga menghina kaum atau agama orang lain,” katanya.
Tambahnya, beliau enggan mempedulikan gangguan seksual yang diterima menerusi komen atau mesej media sosial, selagi perbuatan itu tidak mengancam keselamatan dirinya.
“Selagi perbuatan mereka tidak mengancam keselamatan, saya okey. Namun, itu tidak bermakna mereka bebas berbuat apa-apa sahaja.
“Setiap orang ada hak bersuara di media sosial. Jika mereka berpendapat saya seksi, itu hak mereka kerana saya tidak rasa begitu,” ujarnya.
Sumber: Utusan Malaysia