"Kami Anggap Hubungan Ni Macam Masih Zaman Bercinta" - Elizabeth Tan Mengaku Masih Belum Sebumbung Dengan Suami

Penyanyi dan pelakon, Elizabeth Tan, 28, mengakui bahawa dia masih belum tinggal sebumbung dengan suaminya, Siew Jim, walaupun telah mendirikan rumah tangga bersama lebih setahun lalu.

kami anggap hubungan ni macam masih zaman bercinta - elizabeth tan mengaku masih belum sebumbung dengan suami

Menurut Elizabeth yang lebih mesra disapa Lizzy, sehingga hari ini mereka masih tinggal bersama ibu masing-masing dan hanya bertemu ketika cuti.

“Dia datang bertemu saya sekali atau dua kali seminggu. Kami anggap hubungan kami seperti sedang melayari fasa percintaan dan tak sangka ia lebih menarik sebab ada ruang untuk kami saling merindui satu satu lain.

“Pada mulanya saya tak okey dengan keputusan ini sebab kalau kahwin mestilah kena tinggal sebumbung, tapi kami tak nak biarkan emak kami tinggal seorang diri di rumah.

“Lama-kelamaan saya sudah terbiasa dan lebih menyukai cara ini apabila kami dapat menjaga ibu masing-masing memandangkan ibu saya dan ibu mentua tidak mahu tinggal bersama,” katanya kepada satu akhbar tempatan.

Bagaimanapun, bintang Abang Long Fadil 3 itu mengatakan dia dan suami akan mempertimbangkan untuk tinggal bersama sekiranya mereka dikurniakan cahaya mata.

“Kalau sudah ada anak baru kami akan mempertimbangkannya. Takkanlah saya nak jaga anak seorang diri. Sebenarnya, saya mengambil ubat perancang kehamilan selama dua tahun. Saya mengambilnya selepas selesai penggambaran filem Abang Long Fadil 3.

“Namun, saya cuba nak hamil, sekitar hujung tahun ini. Jika diikutkan, saya sudah merancang kehamilan Julai lalu tetapi banyak pula ‘job’ (tawaran pekerjaan) masuk. Jadi terpaksalah dianjak ke bulan seterusnya. Namun, disebabkan jadual kerja semakin padat, rancangan cuba mendapatkan cahaya mata dianjak sekali lagi sehingga Oktober,” jelasnya.

 

Sumber: HMetro