“Harap Raya Tahun Depan Dah Bertiga,” Elizabeth Tan Luah Hasrat Mahu Hamil

Pelakon dan penyanyi, Elizabeth Tan, 30, meluahkan hasrat mahu menimang cahaya mata selepas tiga tahun mendirikan rumah tangga bersama doktor, Siew Jim, 33.

“harap raya tahun depan dah bertiga,” elizabeth tan luah hasrat mahu hamil

Menurut beliau yang mesra dengan panggilan Lizzy, hasrat itu diluahkan olehnya dalam satu hantaran di Instagram sempena dengan perayaan Tahun Baru Cina, baru-baru ini.

 

"Tema 'pink' untuk raya berdua tahun ini. Harapnya Tahun Baru Cina tahun depan dah bertiga," katanya.

 

 

Beliau sebelum ini juga telah menyuarakan hasrat yang sama ketika hadir ke majlis pengumuman bayi pelakon, Puteri Aishah, minggu lalu.

 

 

Lizzy juga pernah menyuarakan hasrat ingin menimang cahaya mata pada tahun lalu dan kini dalam usaha untuk mendapatkan zuriat.

 

Sekadar info, pasangan itu telah mendirikan rumah tangga pada 21 Mac 2021 di majlis kecil-kecilan yang hanya dihadiri keluarga dan rakan artis, bagi mematuhi SOP pandemik COVID-19 pada ketika itu.

 

Sumber: Instagram