Hanya Guna Motor, Elizabeth Tan dan Suami Akui Tidak Punya Kereta

Penyanyi dan pelakon, Elizabeth Tan mengakui beliau dan suami tidak memiliki kereta dan hanya menggunakan motor untuk bergerak ke mana sahaja.

hanya guna motor, elizabeth tan dan suami akui tidak punya kereta

Menurut selebriti berusia 29 tahun yang lebih selesa dengan penggilan Lizzy, beliau dan suaminya yang juga merupakan doktor akan menggunakan motosikal untuk ke mana sahaja dan tidak memiliki kereta meskipun kedua-dua mereka mempunyai kerjaya stabil.

 

Menerusi perkongsian di Tiktok, Lizzy berkongsi momen sewaktu mereka membeli set permainan video Play Station 5 (PS5) di sebuah pusat beli-belah dan membawanya pulang dengan menaiki motosikal.

hanya guna motor, elizabeth tan dan suami akui tidak punya kereta

“Bila teruja dapat beli PS5, tapi kena naik motosikal. Kami berdua memang tidak ada kereta,” tulis Lizzy.

 

Dalam video itu, kelihatan suaminya sedang mengangkut PS5 yang baru dibeli sambil menunggang motosikal jenis Yamaha MT25.

 

@elizabethtsm Sanggup weh 🤣 otw balik hujan lebat pulak tu hahahah #fyp ♬ Funny Song - Cavendish Music

 

Perkongsian Lizzy di Tiktok telah meraih perhatian ramai termasuklah ada yang menyifatkan pasangan ini merendah diri dan comel.

hanya guna motor, elizabeth tan dan suami akui tidak punya kereta

Sumber: Tiktok Elizabeth Tan