“Tak Boleh Baik Sangat, Nanti Kena Pijak,” Elisya Sandha Pegang Nasihat Kakak

Pelakon, Elisya Sandha berpegang pada kata-kata yang titipkan kakaknya, Fasha Sandha, yang juga seorang pelakon senior, selepas beliau mengambil keputusan untuk mengikut jejak langkahnya.

“tak boleh baik sangat, nanti kena pijak,” elisya sandha pegang nasihat kakak

Menurut pemilik nama sebenar Nur Elisya Sandha Hassan, 25, antara nasihat yang dipegang beliau adalah untuk tidak jadi terlalu baik atau nanti mudah ditindas orang lain.

 

“Antara nasihat kakak (Fasha) yang saya pegang ialah, biar orang buat kita, jangan kita buat orang. Lagi satu kena jadi tegas, tak boleh terlalu baik.

“Sebab berada dalam industri ini (hiburan), kalau jadi terlalu baik nanti orang pijak kita,” katanya.

 

Menurut Elisya, kakaknya itu adalah contoh yang baik untuk beliau sendiri selepas terjun dalam bidang lakonan.

“tak boleh baik sangat, nanti kena pijak,” elisya sandha pegang nasihat kakak

“Ikut jejak langkah Fasha adalah satu perkara yang baik sebenarnya. Saya berada pada tahap sekarang pun adalah disebabkan kakak saya. Sejak kecil saya membesar dengan melihat cara dia bekerja.

“Disiplin dan komitmennya terhadap dunia lakonan sangat bagus. Sebab itu saya mahu jadi sepertinya. Sedikit sebanyak Fasha adalah suri teladan saya dalam industri ini,” katanya.

 

Tambahnya lagi, beliau juga tidak kisah andai ada pihak yang cuba membanding-bandingkan dirinya dengan kakak kerana percaya bakat dan kelebihan yang ada pada diri.

 

“Sebenarnya sejak dulu sampai sekarang memang ada orang membanding-bandingkan saya dengan kakak. Tapi kami saling menyokong dan menyayangi antara satu sama lain.

“Saya pun belajar dengan dia. Saya tidak kisah pun apa orang nak cakap sebab masing-masing ada kelebihan dan keunikan tersendiri. Kami adalah manusia yang berbeza.

“Kalau orang kata saya dibayangi Fasha Sandha pun saya tidak kisah sebab dia adalah kakak saya. Jadi untuk saya bayangkan dia pun rasanya tidak salah sebab kakak saya memang seorang yang bagus,” kata Elisya lagi.

 

Sumber: Kosmo! Online