Eina Azman Dan Pasangan Disahkan Positif COVID-19 Di Hari Ulang Tahun Perkahwinan

Pelakon Datin Paduka Eina Azman dan suaminya disahkan positif COVID-19 di hari ulang tahu perkahwinan mereka.

eina azman dan pasangan disahkan positif covid-19 di hari ulang tahun perkahwinan

Jelas Eina, ketika ini, dia dan suami mengalami demam tinggi selain bacaan oksigen yang tidak menentu.

Turut terjangkiti ialah dua orang pembantu rumah pasangan selebriti itu.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, pelakon tersebut berkongsi mengenai catatannya yang terjangkit virus terbabit.

Menurutnya, sebelum ini, Eina dan keluarganya sering melakukan ujian saringan COVID-19.

Malah, dia sendiri yang baru keluar dari hospital turut sudah melakukan ujian saringan.

Bagaimanapun, takdir mengatasi segalanya apabila mereka tetap juga dijangkiti.

Namun, luah Eina, dia berasa sedikit lega mengenangkan anak-anaknya yang didapati negatif virus terbabit.

“Sekarang saya dah mula demam panas dan mula batuk. Cuma keadaan suami saya kurang baik kerana demam terlalu panas dan paras oksigen dia turut naik,” coretnya.

“Saya minta tolong semua doakan kami sekeluarga bersama bibik-bibik semua kembali sihat seperti biasa.

“Kepada sesiapa yang kontak rapat dengan kami, kalau rasa tidak sihat, tolong pergi lakukan ujian saringan ya. Jika sesiapa yang ada pengalaman dengan COVID-19, tolong kongsikan kalau ada apa-apa petua yang boleh kami amalkan,” tambah Eina.

 

Sumber: [1]

ARTIKEL BERKAITAN