Eh! Kanak-Kanak Tak Dapat Vaksin COVID-19?

eh! kanak-kanak tak dapat vaksin covid-19?eh! kanak-kanak tak dapat vaksin covid-19?

Hari ni satu lagi sejarah penting negara tercatat! 
 
Kerajaan lancar program vaksinasi paling besar dalam sejarah negara iaitu Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan. 
 
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin jadi penerima pertama suntikan vaksin COVID-19 kat negara ni diikuti Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

eh! kanak-kanak tak dapat vaksin covid-19?
eh! kanak-kanak tak dapat vaksin covid-19?

Tak lama lagi pendaftaran untuk orang awam terima suntikan akan dibuka. Korang mesti dah sedia kan? 
 
Tapi macam biasalah mesti kita nak tau banyak benda sebelum kita dapatkan vaksin ni. 
 
Ha ni antara soalan-soalan yang popular; 
 
1.Kenapa bagi vaksin dan bukannya ubat? Macam mana vaksin berfungsi? 
 
COVID-19 ini ialah viral disease dan disebabkan tu ia takde ubat yang stabil dan tertentu. Selalu kan tengok berita pasal orang sembuh setiap hari? Ha tu sebab ada imun dalam diri mereka sendiri so samalah konsep dengan vaksin. Vaksin ni akan bantu develop immunedalam badan untuk cegah jangkitan. 
 
Oh ya ni jawapan tambahan. Menurut WHO, syarat vaksin COVID-19 ni, ia perlu ada effectiveness atau keberkesanan lebih 50% dan vaksin yang sampai kat Malaysia baru-baru ni (buatan PfizerBioNTech) mempunyai effectiveness sehingga 95%! 
 
2.Duk dengar banyak kali pulak Pak-Pak Menteri ngan pakar kesihatan sebut imuniti kelompok lah…herd immunity lah. Apa bendalah tu? 
 
Kita terima suntikan vaksin ni sebab nak lindungi diri daripada jangkitan COVID-19 tapi kenalah capai imuniti kelompok supaya kes dapat dibendung secara keluruhan kat negara ini. Ni bermakna 70-80 peratus penduduk perlu dapat suntikan vaksin COVID-19. Ha begitulah. 
 
3.Ada rasa pelik tak kenapa dalam banyak-banyak, takde pulak kanak-kanak termasuk dalam list penerima? 
 
Proses ujian untuk vaksin ni tak libat golongan yang berumur 18 tahun ke bawah dan wanita mengandung. Ha jadi tulah jawapannya. Tapi wanita hamil yang takde masalah kesihatan boleh dapatkan nasihat doktor kalau nak turut serta jadi penerima vaksin. 
 
4. Bekas pesakit kanser macam mana pulak? OKU pun boleh ke dapat suntikan vaksin COVID-19? 
 
Jawapannya kedua-dua kategori ni memang boleh dan digalakkan janji disahkan sihat.  
 
Sumber:  
  1. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) 
     
  2. Dr Vickneshwaran Muthu    

    Ketua Penolong Pengarah Kanan,   

    Bahagian Kawalan Penyakit   

    Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) 

Oleh: KJ