Tindakan Berani Dua Wanita Indonesia Kebas Wang Puteri Arab Saudi Berjumlah RM144 juta

Kecoh baru-baru ini, Puteri kerajaan Arab Saudi iaitu Lolwah binti Muhammed Bin Abdullah Al Saud telah menjadi mangsa penipuan dua warga Indonesia. 

Lebih mengejutkan, Puteri Lolwah telah kerugian ratusan bilion rupiah, lapor stesen penyiaran CNN Indonesia.

Menurut laporan, penipuan itu bermula apabila Puteri Lolwah berkenalan dengan Eka Augusta Herriyani pada 2008 dan Eka bekerja di sebuah syarikat Malaysia di mana salah seorang pemegang sahamnya ialah Puteri Lolwah.

Pada 2009, Puteri Lolwah bekerjasama kepada Eka untuk menjalankan projek hartanah di Arab Saudi. Puteri Lolwah juga turut diperkenalkan kepada Evie Marindo Christina yang didakwa boleh membantu mendapatkan lesen di Indonesia.

Setahun kemudian, Puteri Lowlah berminat untuk melabur di Bali dan meminta Eka untuk mencari lokasi untuk membina vila.

Dua wanita tertabit meminta Puteri Lowlah untuk memberikan wang untuk pembelian tanah dan kos pembinaan vila tersebut. Tanpa ragu-ragu Puteri Lowlah menghantar wang secara berperingkat dari April 2011 hingga September 2018 yang keseluruhannya berjumlah 505,492,047,760 rupiah (RM144.68 juta).

Malangnya, pembinaan vila itu tidak pernah disiapkan dan wang selebihnya digunakan oleh Eka dan Evie untuk kepentingan peribadi mereka. 

Akibat daripada ini, Puteri Lolwah kehilangan 429,435,771,670 rupiah (RM122.9 juta).

Walau bagaimanapun, pelakuan dua wanita ini telah terbongkar dan mereka telah dijatuhi hukuman penjara 19 tahun dalam kes Jenayah Pengubahan Wang Haram (TPPU).

 

Sumber: Kosmo