Dua Hari Berturut Kes Baru Lebih 17 Ribu, Jumlah Angka Positif Kini 1,078,646 Kes

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan terdapat 17,170 lagi kes baharu positif COVID-19 dicatatkan pada 29 Julai 2021.

 

Ia adalah hari kedua berturut-turut Malaysia mencatatkan angka lebih 17 ribu kes harian positif COVID-19, selepas angka tertinggi dicatatkan pada 28 Julai iaitu sebanyak 17,405 kes.

 

Tambah KKM lagi, terdapat 174 kes kematian yang dicatatkan pada 29 Julai, dengan melibatkan 70 kes di Selangor, 20 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, masing-masing 17 kes di Johor dan Kedah, 10 kes di Melaka, masing-masing sembilan (9) kes di Negeri Sembilan dan Pulau Pinang, masing-masing lapan (8) kes di Sabah dan Terengganu, tiga (3) kes di Perak, dua (2) kes di Kelantan, dan satu (1) kes di Pahang.

dua hari berturut kes baru lebih 17 ribu, jumlah angka positif kini 1,078,646 kes

Berikut adalah  status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 29 Julai 2021 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh : 12,930 kes (890,742 kes kumulatif, 82.6%);
  • Kes baharu : 17,170 kes (1,078,646 kes kumulatif);
  • Kes import : 32 kes (14 warganegara, 18 bukan warganegara);
  • Kes tempatan : 17,138 kes [14,807 warganegara (86.4%);  2,331 bukan warganegara (13.6%)];
  • Kes aktif : 179,179 kes;
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 1,043 kes;
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 531 kes;
  • Kes kematian : 174 kes (8,725 kes kumulatif, 0.81%; 157 warganegara, 17 bukan warganegara);
  • Jumlah kluster : 3,604 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 36 kluster
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 2,540 kluster; dan
  • Jumlah kluster aktif : 1,064 kluster.

 

Daripada 17,170 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, sebanyak 383 kes (2.3 peratus) adalah daripada kategori 3, 4 dan 5. Manakala sebanyak 16,787 kes (97.7 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

dua hari berturut kes baru lebih 17 ribu, jumlah angka positif kini 1,078,646 kes

Sumber: KKM