Diinspirasi Dari Kisah Benar di Malaysia, One Cent Thief Tampil Bawa Kelainan

Kita mungkin biasa dengan filem atau drama yang berunsurkan ‘heist’, namun drama lapan episod terbitan Astro Originals ini pasti berbeza buat anda.

 

Astro Originals kini mempersembahkan sebuah drama premium terbaru, ‘One Cent Thief’ yang diinspirasikan daripada peristiwa sebenar yang pernah menggemparkan Malaysia suatu ketika dahulu, dan kemudian diolah menghasilkan sebuah jalan cerita baru dengan diselitkan nilai komersial untuk tontonan. 

diinspirasi dari kisah benar di malaysia, one cent thief tampil bawa kelainan

Mengisahkan tentang Iman Shah lakonan Syafiq Kyle, seorang pekerja bank yang terdesak untuk membiayai kos rawatan serta melangsaikan hutang abahnya kepada ceti haram. Dengan menggunakan kepintarannya, Iman telah menggodam sistem Bintang Bank untuk mencuri satu sen dari setiap akaun pelanggan bank dan berjaya mendapatkan jumlah wang yang besar.

diinspirasi dari kisah benar di malaysia, one cent thief tampil bawa kelainan

One Cent Thief membawakan subjek ‘heist’ dan kelainan berbanding naskhah lain adalah ia pertama kali dalam Malaysia mahupun karya luar negara yang membawakan kisah rompakan bernilai 1 sen berbanding kisah yang menumpukan rompakan berlian, jongkong emas, mahupun jutaan wang tunai. 

diinspirasi dari kisah benar di malaysia, one cent thief tampil bawa kelainan

Meskipun subjek utama adalah ‘heist’, namun One Cent Thief juga membawakan mesej-mesej positif serta memaparkan cabaran kehidupan setiap lapisan masyarakat seperti kehidupan golongan atasan dengan kemewahannya, golongan pertengahan yang bersungguh-sungguh mencari rezeki dan mencapai cita-cita, serta golongan yang terdesak dan sanggup melakukan apa sahaja sehingga ada yang terpaksa berdepan dengan pinjaman haram dan kongsi gelap.

Selain itu penonton turut dihidangkan dengan babak-babak aksi yang mendebarkan hasil lakonan hebat para pelakon terkemuka tanah air dari pelbagai latar seperti Syafiq Kyle, Faizal Hussein, Azira Shafinaz, Sofia Jane, Amerul Affendi, Fabian Loo, Aghonderan Sahadevan, Carmen Soo, Sathisvaran Magesvaaran, Rubi Rubini, Amir Nafis, Fadhli Masoot, Zain Hamid, Aleza Shadan, Syed Irfan dan Airiezara Jasmin. Selain itu, turut menampilkan kemunculan istimewa Tan Sri Nazir Razak.

 

One Cent Thief mempunyai 8 episod, bakal menemui penonton bermula 8 Oktober, setiap hari Sabtu, jam 9 malam. Menariknya buat julung kali drama premium di bawah jenama Astro Originals akan ditayangkan serentak di empat saluran berbeza bahasa seperti Astro Ria HD saluran 104, Astro Vinmeen HD saluran 202, Astro Shuang Xing HD saluran 307 (episod 1 tayangan serentak 8 Oktober, 9.00 malam, manakala episod berikutnya setiap Sabtu, jam 11 malam), dan PRIMEtime saluran 704.

diinspirasi dari kisah benar di malaysia, one cent thief tampil bawa kelainan

Penonton juga berpeluang menonton setiap episod baru seminggu lebih awal daripada tayangannya di saluran linear setiap Sabtu jam 12.00 tengah malam menerusi strim di platform Astro GO atau On Demand.