Nikmati Drama Dan Filem Terhebat Korea Di Astro Pada September Ini

September ini, peminat hiburan Korea boleh menikmati lebih banyak drama, filem, dan program pelbagai Korea serta berhibur dengan penceritaan menarik tentang persahabatan, percintaan, komedi, misteri yang menyeramkan dan drama kekeluargaan di Astro, menerusi tvN (Saluran 395 HD), ONE (Saluran 393 HD), K-Plus (Saluran 396 HD) dan tvN (Saluran 416 HD).

nikmati drama dan filem terhebat korea di astro pada september ini

Peminat juga boleh strim episod-episod yang disediakan, pada bila-bila masa, di mana jua menerusi On Demand dan Astro GO!

Peminat boleh menantikan tayangan perdana drama dan filem Korea, termasuk: 

  • Drama misteri menyeramkan Blind, ditayangkan 24 jam selepas Kroea, dibintangi Ok Taec-yeon (2PM), Ha Seok-jin & Jung Eun-ji (APINK) dan ramai lagi, bermula 15 Sept di K-Plus (Saluran 396 HD). 

  • Drama persahabatan Mental Coach Jegal, ditayangkan 24 jam selepas Korea, menampilkan Jung Woo, Lee Yoo-mi, Kwon Yui, Park Se-young, bermula 13 Sept di tvN (Saluran 395 HD).

  • Drama kekeluargaan If You Wish Upon Me, lakonan Ji Chang Wook, Sung Dong II, Choi Soo Young, bermula 2 Sept di ONE (Saluran 393 HD). 

  • Drama misteri Missing: The Other Side, dibintangi Go Soo, Huh Joon-ho, An So-hee, Seo Eun-su dan ramai lagi, bermula 24 Sept di tvN (Saluran 395 HD).

  • Filem komedi keluarga My Perfect Roomate, menampilkan Na Moon-Hee, Choi Woo-Sung dan ramai lagi, pada 3 Sept di tvN Movies (Saluran 416 HD).

  • Filem misteri Toxic, lakonan Kim Sang-Kyong, Lee Sun-Bin dan ramai lagi, pada 17 Sept di tvN Movies (Saluran 416 HD).

Peminat juga boleh berhibur dengan program-program pelbagai yang menarik, seperti:

  • Program komedi pelbagai Young Actors’ Retreat, ditayangkan 24 jam selepas Korea, dibintangi Park Bo-gum, Kim Yoo-jung, Jung Jin-young, Kwak Dong-yeon, Chae Soo-bin and ramai lagi, bermula 9 Sept di tvN (Saluran 395 HD). 

  • Program pelbagai Street Man Fighter, menampilkan Kang Daniel, Kwon BoA, Jang Woo Young and ramai lagi, bermula 2 Sept di tvN (Saluran 395 HD).

 

Untuk maklumat lanjut, layari content.astro.com.my