Dr Noor Hisham Sambut Hari Raya Pertama Di Hospital Bersama Frontliners

dr noor hisham sambut hari raya pertama di hospital bersama frontliners

Ketika kita merasa sedih tak dapat beraya bersama ahli keluarga, cuba lah kita terkenangkan para petugas barisan hadapan yang tak dapat nak menyambut hari raya langsung.

Sedangkan Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah pun akan menyambut hari raya pertama di hospital bersama frontliners.

Beliau juga menyatakan bahawa sudah menjadi kebiasaan untuknya menyambut hari raya di hospital dan tak ada beza pun untuk tahun ini.

“Setiap tahun saya akan sambut Hari Raya pertama di Hospital. Selepas Solat Aidilfitri, saya akan menuju ke hospital untuk bersama frontline yang bertugas pada hari tersebut.” Kata Dr Noor Hisham.

Korang yang teringin sangat nak balik kampung tu, terbitkanlah sedikit perasaan kasihan kepada mereka yang terus bertugas melawan COVID-19. Jangan kerana korang wujud pula kluster terbaru. Stay je dekat mana korang berada kay!

Sumber: Malay Mail