PPV WTCKL Catat Sejarah Beri Suntikan Ke-Sejuta Pada Ahad

Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Mega Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC KL) telah mencatatkan sejarahnya tersendiri apabila berjaya memberi dos vaksin Astrazeneca ke satu juta pada Ahad.

 

Detik bersejarah itu disaksikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, dan disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Hishamshah Ibrahim.

 

Vaksin ke-sejuta itu diberikan kepada penerima lelaki warga tempatan, berusia 38 tahun, iaitu Zamratulazmi Sarmadi. Beliau juga seakan tidak percaya dengan pengumuman serta majlis yang diadakan bagi penerima suntikan ke sejuta ini.

ppv wtckl catat sejarah beri suntikan ke-sejuta pada ahad

“Saya tidak tahupun sebenarnya, cuma menerima panggilan daripada pihak PPV pagi tadi supaya datang lebih awal hari ini. Saya fikir itu mungkin biasa sehinggalah sampai di stesen kedua baharu diberitahu bahawa saya penerima kesejuta dan tidak sangka ada majlis untuk suntikan ini,” jelasnya.

 

Dalam pada itu, Perdana Menteri turut memuji pencapaian PPV WTCKL dalam memastikan kelancaran program vaksinasi COVID-19 yang diadakan ketika ini.

 

PPV WTCKL kini mampu mencapai kapasiti penerima dos vaksin sehingga 20,000 sehari, berbanding 2,000 dos suntikan pada awal pembukaannya dahulu.

 

Satu juta dos vaksin ini juga adalah pertama kali seumpamanya dalam antara 672 PPV yang beroperasi diseluruh negara ketika ini.

 

Sumber: [1]