Pemberian Vaksin Pada Sukarelawan KL & Selangor Bermula Hari Ini, Semak Dokumen Perlu Bawa

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan hari ini, 5 Mei 2021 bermulalah proses pemberian vaksin AstraZeneca kepada sukarelawan yang tinggal di Kuala Lumpur dan juga Selangor.

pemberian vaksin pada sukarelawan kl & selangor bermula hari ini, semak dokumen perlu bawa

Sebanyak empat pusat pemberian vaksin dibuka khas iaitu di Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia (Bangi), Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dan IDCC Shah Alam.

 

Bagi melancarkan proses pemberian vaksin, mereka yang sudah membuat pengesahan pada tarikh, masa dan lokasi yang tertera dalam aplikasi MySejahtera perlu membawa dokumen pengenalan diri seperti yang berikut:

1. Kad Pengenalan/pasport dan telefon bimbit yang digunakan untuk mendaftar dengan aplikasi MySejahtera

2. Kad Pengenalan/pasport untuk bukan pengguna MySejahtera

 

Dalam perkembangan lain, sebanyak 6 daerah di Selangor akan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula esok, Khamis, 6 Mei sehingga 17 Mei 2021. Daerah yang terlibat adalah seperti berikut:

  • Hulu Langat
  • Petaling
  • Gombak
  • Klang
  • Kuala Langat
  • Sepang

 

Ekoran itu, beberapa SOP telah dijelaskan semalam oleh Menteri Kanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, dalam usaha mengekang penularan wabak COVID-19 di negara ini.

pemberian vaksin pada sukarelawan kl & selangor bermula hari ini, semak dokumen perlu bawa

pemberian vaksin pada sukarelawan kl & selangor bermula hari ini, semak dokumen perlu bawa

 

Sumber: KKM

 

 

ARTIKEL BERKAITAN