‘Dok Sapa Masa Lagi...’

‘dok sapa masa lagi...’

Terengganu FC kekalkan rekod kemenangan 100% dalam saingan Liga Super musim ini. Skuad kendalian Nafuzi Zain itu mencatat kemenangan ke-3 berturut-turutnya selepas kalahkan Perak FC 2-0 di Stadium Ipoh. Keputusan itu membolehkan TFC berada di kedudukan ke-2 Liga Super, berkongsi 9 mata dengan pendahulu, JDT. Skuad Harimau Selatan itu berada di persada liga kerana miliki perbezaan jaringan yang lebih baik.

Kita semua tahu yang JDT adalah pasukan yang sukar dikalahkan dalam saingan Liga Malaysia. Oleh kerana buat masa ini TFC di kedudukan kedua, tak terkejut lah kalau ramai pihak melabel TFC sebagai pencabar untuk JDT. Lagipun, musim lalu skuad kendalian Nafuzi Zain ni tamatkan saingan liga di tempat ke-3.

‘dok sapa masa lagi...’

Namun, Nafuzi dilihat kurang selesa apabila pasukannya dilabel sebagai pencabar JDT musim ini. Dia menegaskan yang dia langsung tidak berniat untuk bersaing dengan JDT, sebaliknya mahu pemainnya sentiasa fokus untuk harungi perlawanan seterusnya. Bagi Nafuzi,  apa yang lebih penting ialah berusaha sedaya upaya untuk meletakkan pasukannya pada kedudukan terbaik hujung musim ini. Merendah diri betul ketua jurulatih Terengganu FC ni kan? Tapi mungkin dia rasakan yang belum sampai masa untuk pasukannya mencabar JDT. Ye la, JDT kot, juara berturut-turut 7 kali! 

Betul juga kata Nafuzi, baru 3 perlawanan je pun musim ni. Susah untuk tentukan siapa pencabar. Atas kertas boleh la, tapi keputusan ditentukan di atas padang. Lain ceritanya. 

‘dok sapa masa lagi...’

Tapi betul ke TFC tak nak bersaing dengan JDT ni? Ke Nafuzi sekadar melancarkan perang psikologi? Berdasarkan prestasi semasa, corak permainan TFC lebih baik daripada musim lalu selepas melepaskan kesemua pemain import mereka dan digantikan dengan yang baru. Ditambah dengan pemain tempatan yang sesuai dengan corak permainan dikehendaki Nafuzi, rasanya TFC berpeluang cerah untuk cipta kejutan musim ini. 

Manalah tau dengan corak permainan #NafuziBall ni, TFC berjaya julang trofi Liga Super pada Ogos nanti kan? Kalau tak berjaya tak apa, kita cuba lagi musim depan. Bak kata orang Terengganu sendiri, “We Bleed Black And White”! Haa, hebat orang Ganu lening boh, bukang dok maing dang due tige papang je!
 
 
Oleh: Karami Kamel