“Doa Ibu Adalah Penyelesaian Terbaik, Itu Yang Saya Alami” - Fattah Amin

Pelakon Fattah Amin percaya dia ibu adalah sangat penting dan sebagai seorang anak perlu berbuat baik dan menghargai jasa ibu bapa, terutama selagi mereka masih di sisi.

 

“Setiap orang rasa kesusahan dalam hidup dan ada ujian tetapi tak semua mengambil jalan dengan pergi kepada ibu ayah mereka dan minta doa serta keberkatan.

 

“Ada lebih selesa bercerita dengan kawan atau nak buat sendiri. Tapi sebenarnya penyelesaian yang terbaik datang daripada doa ibu. Itu apa yang saya alami,” katanya. 

 

Selain itu Fattah juga menekankan keberkatan doa ibu bapa dianggap sebagai satu penyelesaian yang terbaik dalam mengatasi setiap ujian hidup. 

 

Sumber: Kosmo