Dituduh Guna 4 Jin oleh Antivaksin, Jawapan Menteri Kesihatan Memang Win!

Menteri Kesihatan, YB Khairy Jamaluddin baru-baru ini mula menjadi ‘serangan’ oleh kumpulan antivaksin dengan membuat pelbagai tuduhan tidak berasas.

 

Kelmarin, golongan itu mula menyerang beliau dengan membuat dakwaan mengatakan beliau ada membela empat ekor jin untuk melindungi dirinya.

dituduh guna 4 jin oleh antivaksin, jawapan menteri kesihatan memang win!

Empat ekor jin yang dimaksudkan telah dikaitkan dengan gelang hitam yang dipakai beliau pada tangan kirinya.

dituduh guna 4 jin oleh antivaksin, jawapan menteri kesihatan memang win!

Tidak tinggu lama dengan tuduhan yang dilempar, beliau terus menjawab tohmahan itu melalui hantaran di media sosialnya semalam.

 

“Salah, Saya guna 4 jenis jin vaksin untuk lindungi Malaysia, Sinovac, Pfizer, CanSino dan AstraZeneca,” tulis beliau.

dituduh guna 4 jin oleh antivaksin, jawapan menteri kesihatan memang win!

Serangan yang dibuat golongan ini adalah disebabkan tindakan yang akan menyusahkan hidup mereka dibuat jika mereka masih berdegil untuk tidak mengambil vaksin tanpa sebab.

 

“Jika anda tidak boleh divaksin kerana ada masalah kesihatan, tidak ada masalah. Anda akan diberikan pengecualian di MySejahtera tetapi jika anda memilih untuk tidak mahu divaksin, kita akan terus menyusahkan hidup anda.

“Tidak boleh makan di kedai makan, tidak boleh ke pusat beli-belah dan saya akan lakukan strategi secara menyeluruh minggu depan, di mana anda mungkin perlu membuat ujian air liur yang tidak akan dibayar oleh kerajaan,” katanya.

 

Sumber: [1]