Semak Diskaun Bil Elektrik Yang Mungkin Anda Terima Mulai 1 Julai

Susulan daripada pengumuman khas YAB Perdana Menteri mengenai Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) yang turut memaklumkan tentang pemberian diskaun bil elektrik secara bersasar kepada pengguna domestik dan bukan domestik di Semenanjung dan Sabah, Kementerian Tenaga dan Sumber Asli telah memperincikan pemberian diskaun tersebut.

semak diskaun bil elektrik yang mungkin anda terima mulai 1 julai

Pengguna domestik di Semenanjung akan menikmati diskaun bil elektrik seperti berikut:

(i) pengguna domestik yang menggunakan elektrik bulanan sebanyak 200kWj dan ke bawah akan menerima diskaun sebanyak 40%

(ii) pengguna domestik yang menggunakan elektrik bulanan di antara 201 hingga 300kWj pula akan mendapat diskaun sebanyak 15%

(iii) pengguna domestik dengan penggunaan elektrik di antara 301 hingga 600kWj akan menerima diskaun sebanyak 10%

(iv) pengguna domestik dengan penggunaan elektrik di antara 601 hingga 900kWj akan menerima diskaun sebanyak 5%

(v) diskaun ini akan diberikan bagi bil elektrik bulan Julai, Ogos dan September 2021.

semak diskaun bil elektrik yang mungkin anda terima mulai 1 julai

Bagi pengguna bukan domestik di Semenanjung pula, Kerajaan telah bersetuju untuk memberikan diskaun sebanyak 5% kepada pengguna-pengguna elektrik di bawah kategori tarif komersial, industri dan pertanian di bawah voltan rendah.

 

Sementara itu, pengguna elektrik dalam enam sektor perniagaan terpilih di bawah inisiatif PEMERKASA Plus akan terus menerima diskaun sebanyak 10% dalam tempoh yang sama.

semak diskaun bil elektrik yang mungkin anda terima mulai 1 julai

Bagi pengguna-pengguna elektrik di Sabah pula, diskaun bil elektrik secara bersasar bagi tempoh tiga bulan, bermula pada 1 Julai hingga 30 September 2021 akan diberikan seperti berikut:

(i) pengguna domestik yang menggunakan elektrik bulanan sebanyak 200kWj dan ke bawah akan menerima diskaun sebanyak 40%;

(ii) pengguna domestik yang menggunakan elektrik bulanan di antara 201 hingga 300kWj akan menerima diskaun sebanyak 15%;

(iii) pengguna domestik yang menggunakan elektrik bulanan di antara 301 hingga 500kWj akan menerima diskaun sebanyak 10%; dan

(iv) pengguna domestik yang menggunakan elektrik bulanan di antara 501 hingga 1000kWj akan menerima diskaun sebanyak 5%.

semak diskaun bil elektrik yang mungkin anda terima mulai 1 julai

Bagi pengguna bukan domestik di Sabah pula, pengguna-pengguna kategori komersial, industri dan pertanian bervoltan rendah akan menikmati diskaun bil elektrik sebanyak 5%, sama seperti di Semenanjung.

 

Selain itu, dalam usaha membantu rakyat sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, Kementerian Tenaga dan Sumber Asli dengan kerjasama TNB akan melaksanakan perkara-perkara berikut:

  1. Tiada pemotongan bekalan elektrik kepada semua pengguna sepanjang tempoh PKP 3.0 Fasa 1
  2. Penangguhan pemotongan bekalan elektrik kepada pengguna domestik yang mempunyai tunggakan bil tidak melebihi 6 bulan sehingga 30 September 2021
  3. Pelan Bayaran Mudah untuk pengguna domestik ditawarkan sehingga 31 Disember 2021.

 

Bagi pengguna-pengguna di Sabah pula, pihak Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB) akan melaksanakan inisiatif-inisiatif berikut:

  1. Tiada pemotongan bekalan elektrik kepada semua pengguna sehingga 31 Julai 2021
  2. Penangguhan pemotongan bekalan elektrik kepada pengguna domestik yang mempunyai tunggakan bil tidak melebihi 6 bulan sehingga 30 September 2021
  3. Pelan Bayaran Mudah untuk pengguna domestik boleh dimohon oleh pengguna yang layak sehingga 31 Disember 2021. Pengguna dialu-alukan menghubungi SESB bagi menyemak perkara ini.

 

Sumber: Kementerian Tenaga dan Sumber Asli

ARTIKEL BERKAITAN