Pelakon, Dini Schatzmann berkata, beliau dan isteri, Janna Nick perlu kembali bekerja keras kerana duit sudah banyak dihabiskan semasa perkahwinan mereka dua bulan yang lalu.
Pemilik nama sebenar Dini Azan Schatzmann, 28, berkata beliau dan Janna akan berpindah ke rumah baharu mereka yang baru dibeli di sekitar Kuala Lumpur.
“Fokus sekarang, selain berpindah ke rumah baharu, saya dan Janna perlu bekerja keras sebab duit dah banyak keluar ketika berkahwin.
“Jadi sekarang masa untuk kembali bekerja keras. Insya-Allah selepas ini akan ada cahaya mata pula. Semua itu memerlukan duit,” katanya.
Kata Dini, tidak banyak perubahan yang berlaku kepada dirinya selepas bergelar suami.
“Apa yang berubah, bila balik rumah kami akan meluangkan masa bersama-sama. Bangun pagi, ada isteri di sisi.
“Selepas berkahwin, kami pun tidak merancang untuk memperlahankan kerjaya seni masing-masing,” jelasnya.
.
Terdahulu, pasangan Dini dan Janna dinikahkan dalam sebuah majlis tertutup yang diadakan di Langkawi, 10 Jun lalu.
Sumber: Kosmo!