Salah seorang peserta program Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9), Dina Nadzir mendedahkan pernah terfikir untuk menarik diri daripada program itu selepas pemergian bapanya baru-baru ini.
Namun keputusannya itu dibatalkan selepas mendapat nasihat daripada keluarga dan kawan-kawannya.
“Betul-betul saya dapat berita tu masa tengah buat sound check. Saya dapat berita tu, saya terus balik.
“Seikhlasnya masa dekat airport sementara nak tunggu flight tu saya fikir, ‘Boleh patah balik ke? Boleh nyanyi balik ke esok malam?’
“Rezeki saya, masa tu saya dapat tengok abah saya ambil hembusan nafas yang terakhir. Saya ada disebelah dia. Abang saya ada pakaikan dia wuduk,”
“Mungkin dah bertahun-tahun orang tak nampak saya masuk TV dan tahun ini dapat masuk GV.
“Tahun ini masuk GV dan abah pergi, ramai yang bersama-sama sedekah Al-Fatihah buat abah. Maybe itu sebab saya di GV tahun ini, untuk abah,” ujar Dina.
Tambah Dina lagi, antara sebab kenapa beliau tidak mengundurkan diri adalah kerana rakan-rakannya yang sentiasa disisi, selain apa yang dilakukannya kini adalah untuk arwah bapanya.
Malah, tongkat yang dibawa ketika melakukan persembahan di GV9 baru-baru ini juga adalah simbolik kepada membawa bersama bapanya kepada khalayak umum.
Terdahulu, bapanya Mohd Nadzir Gulam, 64, telah mengembuskan nafas terakhir pada 23 Oktober lalu di sebuah pusat perubatan di Johor Bahru akibat komplikasi paru-paru.
Sumber: Astro Radio News