Dina Nadzir Bimbang Dan Sebak Dapat Lagu Allahyarham Siti Sarah

Bintang Gegar Vaganza 9, Dina Nadzir akui bimbang dan sebak selepas mendapat lagu Allahyarham Siti Sarah berjudul Ku Teruskan di konsert minggu kedua.

dina nadzir bimbang dan sebak dapat lagu allahyarham siti sarah

Katanya, kemungkinan dia boleh menangis di atas pentas kerana lagu tersebut amat dekat dirinya.

Malah, Siti Sarah juga merupakan bekas peserta program Gegar Vaganza yang mendapat tontonan ramai.

“Sebelum ini, saya pernah menyokong Siti Sarah dan juga Adibah Noor ketika mereka bertanding di pentas GV.

“Apabila giliran saya, mereka telah tiada dan ia membuatkan hati saya sangat sebak.

“Saya faham perasaan mereka yang gentar, takut apabila masuk bertanding kerana di minggu pertama ini, saya masih gementar untuk menyanyi.

“Saya harap di minggu kedua nanti, saya boleh mengatasi masalah gementar itu agar persembahan saya kelihatan bersahaja,” katanya kepada portal Syok.my.

Dalam pada itu, Dina juga turut rasa terharu dengan komen yang diberikan juri tetap Datuk Ramli MS.

Ini selepas Tok Ram menyifatkan nyanyian Dina sangat ikhlas demi penonton GV.

“Saya terkesima selepas Tok Ram buat komen seperti itu, memang sepanjang saya menceburi bidang seni ini, perkara pertama saya ketengahkan adalah keikhlasan.

“Apabila Tok Ram yang nampak perkara saya perjuangkan itu, ia merupakan satu penghargaan yang cukup besar untuk saya.

“Apa-apa pun untuk GV9, saya akan terus berikan persembahan yang terbaik demi jutaan penonton yang setia dengan program tv ini.

Saksikan Gegar Vaganza 9 setiap hari Ahad jam 9 malam yang disiarkan secara langsung di Astro Ria, Ria HD serta Astro Go.

Ia turut dihoskan dengan pengacara terkenal Nabil Ahmad dan Elly Mazlein.

ARTIKEL BERKAITAN