Dikecam Kerana Berpakaian Seksi Dalam Lagu Raya, Ini Jawapan Dolla

Baru-baru ini, kumpulan gadis popular, Dolla tampil melakukan kemunculan kembali dengan single terbaru mereka berjudul “Raya Raya Raya” bersempena dengan sambutan Syawal yang baru sahaja berlangsung pada minggu lalu.

dikecam kerana berpakaian seksi dalam lagu raya, ini jawapan dolla

Sejak dimuat naik di YouTube pada 30 April lalu, video muzik “Raya Raya Raya” telah berjaya meraih lebih 2 juta tontonan!

Namun, di sebalik kemeriahan kemunculan terbaru mereka itu, ada sahaja pihak yang mempersoalkan mengenai pemakaian salah seorang anggotanya dikatakan agak seksi dan tidak bersesuaian untuk sebuah lagu yang berkonsepkan Hari Raya.

Berikutan itu, ini penjelasan ketua kumpulan Dolla, Sabronzo, ketika diajukan mengenai perkara tersebut menerusi satu temu ramah bersama satu akhbar tempatan baru-baru ini.

Katanya, “Secara peribadi, saya rasa ada perkara yang lebih penting ada pada lagu Raya Raya Raya ini. Mesejnya amat positif. Dan saya harap, soal pakaian tidak mengganggu kami untuk menyalurkan mesej positif kepada peminat.”

Sabronzo, atau nama sebenarnya, Wan Sabrina, 26, berharap agar perkara tersebut tidak diperbesar-besarkan lagi.

Dalam perkembangan lain, kumpulan terbabit bakal muncul dengan telemovie pertama mereka, berjudul Dolla: Watch Me Glow.

Dolla: Watch Me Glow mengisahkan perjalanan kumpulan yang dianggotai empat orang ahli kumpulan itu – Sabronzo, Syasya, Tabby, Angel – dari zaman pra-debut hinggalah ke era “Impikan”.

Tayangan perdana telemovie tersebut bakal disiarkan di Astro Citra pada 22 Mei 2021 jam 9 malam.

 

Sumber: [1]