‘Astaghfirullahalazim, Fitnah Apa Ni?’ - Didi Astillah Tepis Dakwaan Pernah Bercinta Dengan Aliff Aziz

Menepis dakwaan tidak berasas yang dimuat naik oleh individu tidak bertanggungjawab, pelakon Didi Astillah menafikan pernah mempunyai hubungan cinta dengan abang iparnya, Aliff Aziz. 

Menurut Didi, dia bukan sahaja difitnah bercinta dengan Aliff Aziz namun turut difitnah pernah bermalam bersama Aliff di sebuah hotel. 

‘astaghfirullahalazim, fitnah apa ni?’ - didi astillah tepis dakwaan pernah bercinta dengan aliff aziz

“Astaghfirullahalazim. Fitnah apa ini?

“Beraninya buat fitnah dan jadikan artikel,” katanya ringkas.

Sebelum ini, dakwaan ini terjadi disebabkan sebuah akaun Facebook dengan membuat tajuk sensasi pada pautan dalam sebuah hantaran yang turut menggunakan foto Aliff dan Didi.

“Aliff Aziz dan Didi Astillah pernah bercinta sebelum Bella.

“Bella bongkar rahsia Aliff Aziz dan Didi Astillah pernah tidur bersama di hotel,” tulis artikel tersebut.

Sumber: Kosmo