Diddy AF4 Menangis Bila Lulus Viva PhD Bidang Muzik

Syamsul Hirdi bin Muhid atau lebih dikenali dengan panggilan Diddy, merupakan salah seorang peserta dalam Akademi Fantasia 4.

diddy af4 menangis bila lulus viva phd bidang muzik

Selepas lima tahun melanjutkan pengajian, beliau akhirnya berjaya menggengam gelaran Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang muzik dari Universiti of Liverpool.

.

Diddy yang melanjutkan pengajian dalam bidang muzik kini boleh menarik nafas lega apabila selesai pembentangan viva bersama penilai dari University of Liverpool, England dan Queen Margaret University, Scotland.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by D.Hirdy (@diddyhirdy)

 

"Bila penilai dari University of Liverpool, England dan Queen Margaret University, Scotland cakap 'pass' (lulus) dan 'minor correction' (sedikit pembetulan), saya nangis (menangis) satu malam. Syukur alhamdulillah saya lulus," katanya.

.

Diddy juga berkata majlis konvokesyen juga akan diadakan pada Disember depan dan berharap akan dapat menghadirkan diri pada majlis berkenaan.

diddy af4 menangis bila lulus viva phd bidang muzik

Menceritakan perjuangan untuk mendapatkan PhD ini, katanya ia bermula sejak dari 2017 lagi dengan pelbagai cabaran ditempuhi beliau.

.

“Sebagai contoh, saya bermula di Glasgow, Scotland, kemudian penyelia saya berpindah ke Finland. Dia ajak ikut sekali, tapi saya tak boleh sebab baru 10 bulan duduk di Glasgow. Namun, saya ambil keputusan berpindah ke Liverpool dan teruskan dengan penyelia sewaktu peringkat Ijazah Sarjana,” ujar Diddy yang kini sedang berkhidmat sebagai pensyarah di Pusat Pengajian Pengurusan Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Universiti Utara Malaysia (UUM) Sintok, Kedah.

.

Penyanyi yang pernah popular dengan lagu single “Hilang” ini berkata, selepas tamat pengajian di Akademi Fantasia 4, beliau terus menyambung pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda Komunikasi UUM, dan sejak itu beliau meneruskan pengajian sehingga ke peringkat PhD.

.

Katanya, ini adalah pengorbanan yang perlu dilakukan demi mencapai cita-citanya.

.

Sumber: [1]

 

 

 

 

ARTIKEL BERKAITAN