Diberi Betis Hendak Peha

Sempena nak menuju fasa endemik ni makin banyak kerajaan bagi kelonggaran kat rakyat. Bukan sebab faktor ekonomi je tapi faktor kesihatan fizikal dan mental jugak. Taman tema pun dijangka dapat dibuka semula menjelang hujung tahun ni selepas vaksinasi COVID-19 populasi dewasa capai tahap 90 peratus. Sekarang angkanya dah lebih 83 peratus. Kira OK sangat dah tu .

Hanya Kedah masih terperangkap kat Fasa 1 PPN. Sabaq na…Negeri-negeri lain semua dah masuk Fasa 2 ke atas so memang makin rancak semuanya beraktiviti. Semangat berkobar-kobar nak mendaki, mengayuh, berlari…eh macam-macamlah. Tu yang agaknya sampai terpergi hutan simpan kekal tu kot macam kes kat Air Terjun Setinggi di Serendah, Selangor kelmarin...hmmm tak memasal je 56 orang kena tahan. Kawasan hutan simpan memang tak boleh masuk sesuka hati. Kena ada permit Jabatan Perhutanan atau Pejabat Perhutanan. Lain kali jangan buat dah ya. 

diberi betis hendak peha

Ha ni pulak kes melancong melencong masuk negeri lain. Faham ramai yang gian nak bercuti, road trip, jalan-jalan cari makan, naik kapal terbang…island hopping… tapi setakat ni hanya Langkawi je dibuka untuk gelembung pelancongan yang membolehkan rentas negeri.

diberi betis hendak peha

Mungkin sebab tak sabar jugak 6 pelancong ditahan kat Terengganu sebab rentas negeri untuk ke Pulau Redang. Pulak dah! Mereka datang dari KL, Selangor, Pulau Pinang dan Melaka. Yakin betul sampai kena tahan polis. Jadi nampaknya pakej pelancongan siap dengan pakej kompaun. Masing-masing kena bayar RM5,000 sorang. Diberi betis hendak peha. Dah bagi can pusing-pusing keliling dalam negeri nak juga melompat ke negeri lain. Akibatnya kena tanggung sendiri. Betul sabar memang mahal. Bukan milik semua.



Oleh: KJ 
Sumber & foto: AWANI, Sinar Harian, Harian Metro, Berita Harian & Internet