Pelakon, Diana Danielle menafikan dirinya sedang hamil, sebaliknya beliau sedang mengalami kenaikan berat badan sebanyak 10 kilogram.
Menurut Diana, 32, berat badannya semakin bertambah sejak Jun lalu.
“Sejak Jun lalu, selera makan saya memang meningkat dan berat badan naik 10kg.
“Sebenarnya bukan saya sahaja, suami, Farid Kamil juga bertambah berat badan dan ini pertama kali berat badannya naik sehingga 90kg,” katanya.
Ekoran itu, Diana mengakui beliau tidak lagi boleh menyaring semua denim miliknya kerana ketat.
“Semua seluar jeans tidak muat dan sekarang hanya pakai skirt sahaja.
“Risau kalau beli baru, tiba-tiba berat badan turun semula. Jadi tunggulah selera makan terkawal nanti,” katanya lagi.
Beliau juga tidak terasa hati dengan spekulasi sedang hamil yang dibuat netizen, sebaliknya hanya membiarkan sahaja perkara itu diperkatakan.
“Saya faham niat baik orang ramai nampak pasangan bahagia dan naik berat badan, pasti mereka akan fikir sama ada sudah mengandung bila nampak berisi.
“Namun hakikatnya, saya masih belum bersedia untuk menambah cahaya mata kerana Aurora baru sahaja berusia lapan tahun dan dia belum puas jadi anak bongsu,” katanya lagi.
Sumber: Kosmo!