‘‘Diam Itu Lebih Baik,’’ Fazura Respon Tindakan Netizen Terhadap Isu Semasa

Sejak akhir-akhir ini, kita digemparkan dengan pelbagai isu semasa yang berlaku dalam kalangan masyarakat kita.

.

Berita seperti ini sudah pasti menarik perhatian ramai hingga meraih jutaan respons daripada orang ramai, khasnya pengguna media sosial yang melontarkan pendapat serta pandangan sendiri.

.

Ekoran itu, aktres popular, Fazura berpendapat orang ramai tidak seharusnya tampil mengeluarkan sebarang komen tanpa mengetahui kebenaran di sebalik perkara itu.

‘‘diam itu lebih baik,’’ fazura respon tindakan netizen terhadap isu semasa

“Hari ini (semalam) saya terfikir kenapa kita selalu buang masa untuk komen benda yang kita tak tahu dan tiada kena mengena dengan kita.

“Kadang-kadang saya terbaca macam-macam dalam media sosial. Kita seperti tahu tentang semua yang berlaku termasuk mengenai kehidupan seseorang.

“Sebenarnya kita tak tahu pun tentang kehidupan dan apa yang berlaku di dalam rumah mereka. Kita tak tahu apa-apa pun,” ujarnya.

.

Tambah Fazura lagi, orang ramai dinasihatkan untuk tidak bercakap apa-apa kerana diam itu lebih baik.

.

“Saya rasa lebih baik untuk kita tak bercakap apa-apa. Diam itu lebih baik.

“Sebab kita memang tak tahu apa-apa. Doa yang baik-baik,” katanya lagi.

 

@fazuraofficial Banyak incident hari ni, some food for thoughts. #kitataktahu #wecouldbewrong #sayyourprayers💛 ♬ original sound - Fazura

 

Baru-baru ini, negara digemparkan dengan beberapa kes pembunuhan membabitkan pasangan suami isteri serta ibu dan anak.

.

Sumber: [1], [2]

 

ARTIKEL BERKAITAN