“Dia Tetap Ibu Saya, Hanya Boleh Doa Dari Jauh,” – Shila Amzah

Penyanyi, Shila Amzah berkata beliau akan tetap bersemuka dengan ibunya, Fauziah Sarman, bagi menyelesaikan salah faham yang tercetus antara mereka.

“dia tetap ibu saya, hanya boleh doa dari jauh,” – shila amzah

Menurut pemilik nama sebenar Nurshahila Amir Amzah ini, hanya masa yang akan menentukan pertemuan itu kerana perkara berkenaan membabitkan soal perasaan yang tidak boleh dipaksa.

 

“Saya ambil keputusan berdiam diri dulu dan biarkan hal ini reda serta dapat diselesaikan secara semula jadi tanpa gesaan sebab setiap benda pun memerlukan masa.

“Macam saya cakap tadi, kita tak mahu memaksa, tetapi buat masa sekarang saya dan Syahir cuma boleh berdoa dari jauh agar semuanya dapat diselesaikan secepat mungkin.

“Sudah tentu saya akan jumpa emak, sebab itu tetap ibu kita, cuma waktunya bukan sekarang, biar masa dan jodoh menentukan,” katanya.

 

Kata Shila lagi, beliau berharap agar orang ramai mendoakan hubungan bersama ibunya itu akan kembali pulih.

“dia tetap ibu saya, hanya boleh doa dari jauh,” – shila amzah

Terdahulu, krisis dalaman keluarga Shila tercetus apabila Syada, iaitu adik bongsu Shila membuat luahan mencari rumah sewa kerana katanya bakal dihalau keluar dari kediaman yang didiami bersama ibu mereka.

 

Shila, selaku anak sulung daripada empat beradik itu tampul membuat penjelasan termasuk mendedahkan dirinya perlu bekerja pada usia muda dan juga pernah dikasari adiknya, Syafiq Amzah.

 

Sumber: Kosmo!