COVID-19 Masih Ada, KP Kesihatan Nasihat Orang Ramai Terus Pakai Pelitup Muka!

Dalam memasuki fasa peralihan ke endemik, orang ramai dinasihatkan untuk terus berwaspada terhadap penularan COVID-19 dan teruskan memakai pelitup muka bagi mengawal jangkitan virus itu.

covid-19 masih ada, kp kesihatan nasihat orang ramai terus pakai pelitup muka!

Itu pesanan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah yang memaklumkan pelitup muka adalah langkah pencegahan yang dapat mengurangkan penularan virus, khasnya di kawasan jangkitan berisiko tinggi seperti tempat tertutup, tempat sesak, kawasan pengudaraan tidak baik dan juga tempat individu melakukan interaksi jarak dekat.

.

Tambahnya lagi, masyarakat diingatkan bahawa COVID-19 masih lagi wujud dan sedang menular serta menyebabkan kematian terutamanya dalam kalangan warga emas, kanak-kanak, individu dengan sistem imuniti rendah serta mereka yang mempunyai komorbid.

.

"Ini (pemakaian pelitup muka) berdasarkan kemungkinan terdapat individu yang tidak tahu dijangkiti COVID-19 berada di kawasan umum kerana tidak bergejala.

"Amalan saling tegur-menegur adalah tidak asing lagi bagi masyarakat di negara ini di mana ia adalah amalan solidariti bagi kebaikan bersama. Sekiranya terdapat individu yang tidak memakai pelitup muka atau memakainya dengan tidak betul, kita boleh saling menegur secara berhemah.

"Amalan ini perlu dibudayakan demi menjaga kesihatan sesama kita selain terus mengamalkan penjarakan fizikal yang munasabah dan segera mendapatkan dos penggalak bagi yang belum menerimanya," katanya.

.

Bagi melihat senarai penuh prosedur operasi standard (SOP) terkini, orang ramai boleh membuat semakan di portal https://www.mysop.gov.my/

.

Setakat 5 April 2022, kadar kebolehjangkitan COVID-19 atau nilai Rt dicatatkan di seluruh negara pula adalah 0.86 dengan Selangor masih merekodkan kadar tertinggi iaitu 1.03 manakala Kelantan mencatat kadar paling rendah dengan 0.66.

.

Sumber: [1]