Datuk Red, Adira Rancang Perkahwinan Kedua Lepas Raya

Pasangan Datuk Seri Adnan Abu dan Adira Suhaimi akui kini sedang serius untuk kembali sebagai suami isteri. 

Menurut Adnan, dia sudah pun bertemu dengan keluarga Adira untuk membincangkan mengenai perkahwinan kali kedua mereka. 

“Ya, saya dan Adira kembali bersama. Apa yang dilihat dalam siaran langsung sebelum ini memang kami telah berbaik.

“Syukur Adira memberi peluang selepas melihat perubahan saya. Saya juga sudah berbincang dengan keluarga Adira mengenai perancangan perkahwinan kami,” katanya.

Sebelum ini Adnan ada memberitahu bahawa dia sudah berbaik dengan Adira selain mengatakan sudah lima hari bercinta.

“Kita ini hanya merancang dan Tuhan yang menentukan. Insya-Allah selepas raya Aidilfitri tahun depan kami akan berkahwin.

“Keluarganya juga ada menasihatkan kami untuk berkahwin semula. Lagi pun umur saya bukan muda lagi, jadi lebih baik saya kahwin saja dengan Adira semula.

“Buat masa sekarang kami masing-masing memberi fokus kepada usaha mencari rezeki dahulu,” katanya.

Sumber: Kosmo