Usia Cecah 55 Tahun Awie Bakal Timang Anak Ketujuh, “Saya Segan Sebenarnya Nak Cakap..”

Penyanyi, Datuk Awie mengesahkan bahawa isterinya, Sharifah Ladyana kini sedang hamil anak kedua selepas tujuh tahun mereka mendirikan rumah tangga.

usia cecah 55 tahun awie bakal timang anak ketujuh, “saya segan sebenarnya nak cakap..”

Kehamilan itu sekaligus menyaksikan Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman bakal bergelar bapa kepada tujuh orang cahaya mata, hasil tiga perkahwinan.

 

Menurut Awie, beliau sebenarnya malu untuk menghebahkan berita kehamilan itu kerana sedar faktor usianya kini sudah mencecah 55 tahun.

 

“Segan nak cakap sebab saya pun bukan muda lagi. Tapi apa-apa pun, alhamdulillah saya anggap kehamilan isteri ini sebagai satu rezeki dan menyambutnya dengan baik.

“Mungkin kehamilan ini juga menjadi hadiah hari jadi saya yang disambut semalam,” katanya.

usia cecah 55 tahun awie bakal timang anak ketujuh, “saya segan sebenarnya nak cakap..”

Ujarnya lagi, isterinya itu baru sahaja disahkan hamil dan kini masih diperingkat awal untuk dihebahkan kepada umum. Bagaimanapun beliau berharap agar segala urusan kehamilan isterinya itu nanti akan berjalan dengan lancar.

 

“Masih lagi awal (kehamilan). Apa yang saya boleh harapkan, agar isteri dan kandungannya sihat-sihat sahaja. Doakan semoga semuanya dipermudahkan.

“Selagi Allah SWT izinkan, insya-Allah,” kata Awie yang juga tidak kisah tentang jantina anak ketujuhnya itu nanti.

 

Untuk info, Awie pernah berkahwin dengan Rozana Misbun pada 20 Jun 2005 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata. Beliau juga pernah memiliki dua orang anak hasil perkahwinannya bersama penyanyi, Arni Nazira, dan seorang cahaya mata pada tahun 2020 selepas mendirikan rumah tangga bersama Datin Sharifah Ladyana Syed Shamsuddin pada 2016 lalu.

usia cecah 55 tahun awie bakal timang anak ketujuh, “saya segan sebenarnya nak cakap..”

Sumber: Kosmo! Online