Umum sedia maklum pasangan selebriti, Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana telah pun bercerai talak satu pada 13 Jun lalu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.
Meskipun sudah lebih sebulan berlalu, ibu Syamsul Yusof iaitu Datin Patimah telah memuatnaik satu hantaran foto yang mencuri perhatian netizen.
Foto dikongsikan beliau menerusi Instagram Story, menunjukkan dua orang cucunya iaitu Syaikhul Islam dan Sumayyah dalam sebuah kapal terbang, menuju ke satu destinasi yang tidak diketahui.
Apa yang menarik adalah kapsyen ditulis Datin Patimah pada foto berkenaan.
Meskipun ringkas, kapsyen itu seolah memberi bayangan mengenai situasi yang sedang dihadapi beliau ketika ini.
Ketika konflik rumah tangga antara anak dan menantunya itu tercetus, beliau juga sering berkongsi pelbagai hantaran yang seakan menggambarkan perasaannya mengenai apa yang berlaku ketika itu.
Baca: "Sebagai Ibu, Saya Memaafkan Syamsul, Tapi..” Datin Patimah Luah Rasa Kesal
Baca juga: “Doakan Saya Cepat Jumpa Jodoh Macam Nad Zainal, Mizz Nina,” – Puteri Sarah Liyana
Sumber: Instagram