“Kita Berdua Tak Perlu Ada Dalam Isu Ini Pun..,” Alyah Tak Simpan Dendam Pada Siti Nordiana

Sejak Ahad lalu, nama Datin Alyah dan Siti Nordiana hangat diperkatakan selepas penyanyi berpengalaman dari Indonesia, Hetty Koes Endang secara terbuka berpendapat Siti Nordiana lebih hebat menyanyikan lagu Kisah Hati, berbanding Alyah sebagai penyanyi asalnya.

“kita berdua tak perlu ada dalam isu ini pun..,” alyah tak simpan dendam pada siti nordiana

Perkara itu telah menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan netizen dan peminat yang berpendapat Alyah lebih sedap membawakan lagunya sendiri berbanding Siti Nordiana.

 

@wegomaximum Kesian datin terpaksa senyum dengan lawak typical indo , compare compare hm sabar ya datin ! U RE THE BEST ! #GVALLSTARS #GEGARVAGANZA2023 #GEGARVAGANZAALSTARS #ALLSTARSGEGARVAGANZA #DATINALYAH ♬ original sound - 🌈✨

 

Isteri kepada Datuk Ramli MS itu akui terkedu apabila mendengar komen daripada Hetty, namun sedikit pun tidak menyimpan dendam.

 

Malah bintang berusia 42 tahun itu dilihat telah meninggalkan komen positif yang dibuat penyanyi yang mesra dengan panggilan Nana menerusi Instagram miliknya.

 

"Babe awak dah buat sehabis daya awak. Nana tetap Nana dan semua orang sayang Nana. Semoga terus maju jaya. Apa yang penting kita sama-sama kena jaga kesihatan untuk mencari rezeki hari mendatang.

"Ingat satu ini ya, kita tak pernah salahkan awak langsung. Kita berdua tak perlu ada dalam isu ini pun... Cikjah (Alyah) cayang mader (Siti Nordiana)," tulis Alyah.

“kita berdua tak perlu ada dalam isu ini pun..,” alyah tak simpan dendam pada siti nordiana

 

 

Dalam hantaran itu, Nana menyampaikan ucapan terima kasih atas kehadiran Alyah dan memohon maaf atas kekurangan dirinya dalam menyampaikan lagu Kisah Hati semasa Konsert Akhir All Stars Gegarvaganza baru-baru ini.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Alyah Abu Hasan (@alyah81)

 

Sumber: Instagram