Memandangkan ramai yang dah buat permohonan pengeluaran KWSP i-Sinar, maka wujudlah mereka yang tidak bertanggungjawab dan cuba mengambil kesempatan.
Salah satu modus operandi yang digunakan adalah mengaku sebagai ejen KWSP. Mereka akan menghubungi anda dengan plebagai cara untuk mendapatkan maklumat serta data peribadi. Kemudian, mereka akan menggunakan maklumat itu untuk menipu anda.
Jadi, sekiranya ada pihak yang menghubungi anda dan mengaku sebagai pihak ejen KWSP, ketahuilah bahawa KWSP tidak pernah melantik mana-mana pihak sebagai ejen mereka. Andainya anda menerima panggilan itu, terus letak dan hubungi pihak berkuasa.
Jika anda tidak yakin, sila berurusan terus dengan pihak KWSP melalui talian hotline khas i-Sinar di nombor 03-8922 4848.
Sumber: Instagram KWSP