Dakwaan Hospital UKM Kurang PPE Adalah Tidak Benar

Baru-baru ini, wujud berita tidak sahih menerusi aplikasi WhatsApp yang menyatakan Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) kekurangan Peralatan Perlindungan Peribadi (PPE) akibat lambakan pesakit COVID-19.

dakwaan hospital ukm kurang ppe adalah tidak benar

Dakwaan itu sama sekali tidak benar dan bertujuan menimbulkan perasaan panik kerana pihak hospital memaklumkan bekalan PPE di Jabatan Perubatan Kecemasan HCTM adalah mencukupi. Semakan stok di Jabatan tersebut juga mendapati tiada masalah kekurangan seperti yang dimaklumkan.

 

Tambah lagi, pemakaian PPE dalam kalangan anggota petugas barisan hadapan adalah seperti dalam Prosedur Operasi Standard (SOP) yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

 

Justeru, orang ramai diminta untuk tidak menyebarkan maklumat tidak benar menerusi sebarang medium laman sosial kerana ia boleh menimbulkan keresahan dan panik dalam masyarakat.

 

Tak pasti, jangan kongsi.

 

Sumber:

Facebook Rasmi HCTM
Twitter Rasmi HCTM
Twitter Rasmi Bernama

ARTIKEL BERKAITAN